Sulit
3 tahun
Bahagian tonsel sakit ini yg kedua kli..pertama pada tahun lalu
sakit bahagian tonsel Sya skit…lepastu tiba2 Sya demam dan pening2 .Smpai waktu malam kengkadang Sya tak selesa tdur…ada tiga hari driitu demam sy berhenti sbb sy MKN penadol dan letak kain basah kat kpala…tapi tonsel dan skit kpala sya TDK berhenti Smpai Skrang…makan pun kdng2 dpt…kdng2 tdak…btul berkahak…skit kpala MCM dicucuk jarum dan berdenyut2…kadang badan pun bergegar…mohon dipanduannya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kebanyakan masalah yang kerap dikaitkan dengan tonsil ialah pembesaran dan keradangan tonsil yang boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit seperti yang berikut:
- tonsilitis
- abses peritonsillar
- Adenotonsillar hypertrophy
- Tonsilloliths- batu tonsil
- kanser tonsil
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Memandangkan adanya risiko jangkitan kuman atau virus, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor. Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.