skyrientes
4 tahun
Batuk Berpanjangan Selama 4 Bulan
-Fizikal-
Umur 37 Tahun, Kerja pejabat, suhu badan 36.6, tekanan darah normal, berat ideal/slightly overweight, diet makanan agak sihat, masakan melayu tapi suka makan pedas.
-Masalah-
Mengalami batuk yang berpanjangan secara on/off selama 4 bulan lalu. Batuk menjadi kuat dalam keadaan sejuk pada waktu Subuh, Malam dan ketika baring perlu tidur duduk or meninggikan bantal, Hujan dan dalam Sejuk Penghawa Dingin. juga ketika makan pedas/makanan sejuk seperti ice cream. Gejala semakin menjadi baru-baru menganggu tidur dan terdapat pedih hulu hati. Batuk mengeluarkan kahak berwarna putih/jernih.
-Tindakan Kelegaan Sementara-
Pengambilan ubat batuk breacol, mucosolvan 30 mg dan 1 sachet Gaviscon DA.
-Isu-
Batuk akan hilang sehari dua tapi tidak pernah pulih sepenuhnya. Takut ianya adalah TIBI or Pneumonia or jangkitan paru-paru yang kritikal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, hanya dari keterangan di atas adalah tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi.
Terdapat banyak kemungkinan bagi masalah anda termasuklah seperti apa yang anda berikan di atas. Selain itu kemungkinan lain adalah:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.