Sulit
4 tahun
Batuk dan sakit tekak sudah 2 minggu
Saya berumur 28 tahun,tidak demam tidak selsema,cuma batuk dan sakit tekak,ada sedikit kahak hijau dan lendir.Sudah mendapat konsult doktor dan tekak tidak merah cuma sy rasa tidak selesa dan panik dengan keadaan penyakit sekarang.Boleh doktor bagi sedikit nasihat dan cadangan,kerana sudah 2 minggu keadaan sy mcm ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Untuk mengatasi masalah batuk anda, berikut merupakan antara langkah yang boleh diamalkan:
- Berhenti merokok
- Mengambil minuman suam
- Minum banyak air
- Minum jus lemon dan madu
Sekiranya, batuk anda semakin teruk atau berterusan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan diperlukan sebelum kesimpulan dapat dilakukan dan diagnosis yang tepat dapat diberikan. Hanya dengan itu, rawatan yang sesuat dapat diberikan.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.