Sulit
4 tahun
Batuk hampir 1 bulan lebih dan kering
Saya telah mengalamai genjala batuk hampir 1 bulan lebih, batuk disertakan dengan kahak yang sedikit sahaja. Adakah itu tanda saya mengalami jangkitan kuman. TEKAK TIDAK BERASA GATAL… DAN BATUK TIDAKLAH SELALU HANYA KADANG2. TETAPI DAH LAMA
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Sukar untuk saya menjawab sama ada ianya jangkitan kuman atau bukan hanya dengan gejala.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.