Sulit
2 tahun
Berat berlebihan gemuk air
Saya sudah lima tahun cuba untuk turunkan berat badan semua saya dah buat senaman dan diet…pernah juga cuba guna produk mcm fat burner…
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tiada jalan pintas untuk seseorang untuk menurunkan berat badannya. Anda memerlukan azam dan motivasi yang kuat dalam dan panjang usaha menurunkan berat badan.
Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh anda untuk menurunkan berat badan:
- Jadikan sesuatu perkara sebagai motivasi untuk anda menurunkan berat badan
- Pastikan penurunan berat badan dalam satu tempoh masa adalah realistik dan boleh dicapai
- Buat satu matlamat penurunan berat badan yang baru setelah anda dapat menurunkan berat badan pada tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini
- Sentiasa kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat
- Kawal pengambilan pemakanan anda
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.