Sulit
3 tahun
Berkesan atau tak ambil 2 biji skali gus pil postinor
Saya mengambil 2biji postinor sekali gus selepas 6jam selepas bersetubuh. Adakah ia berkesan cegah kehamilan atau tidak? Sebab Farmasi cakap ambil 2 biji skali gus jika takut terlupa untuk mkn mngikut time 12 jam sebiji . Adakah ia berkesan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, biasanya postinor dapat memberikan kesan perancang sebanyak 95 peratus sekiranya ia diambil seawalnya dalam 24 jam; dan sebanyak 85 peratus, digalakkan ambil sebelum 48 jam. Pil atau dos kedua perlu diambil dalam jangka 12 jam selepas pil pertama. Sekiranya anda memathui cara pengambilan ubat ini, perlindungan dari kehamilan adalah tinggi.
Walaupun anda ambil 2 biji postinor sekali gus, selagi anda telah mengambil dos pertama pada masa yang tepat, postinor biasanya dapat memberikan kesan perancangan yang cukup menjanjikan.
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu atau lebih dari tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan seperti UPT untuk saringkan status hamilan anda. Sekiranya keputusan UPT adalah negatif, mungkinnya period lambat adalah kesan sampingan penggunaan pil perancang.
Anda juga boleh merujukkan masalah ini kepada doktor sakit puan untuk dapatkan nasihat lanjut serta membantu anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.