Sulit
3 tahun
Betul ke tahap sakit buah pinggang tahap 1 boleh dirawat lagi dan tidak memakan kos yang tinggi?
hye saya haris ,23,saya ada kencing manis ,sekarang saya rasa kencing saya berbuih dan sering letih boleh ke sakit buah pinggang tahap 1 boleh dirawat lagi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, masalah kesihatan boleh ditangani berdasarkan tempoh masa atau seberapa cepat anda berjumpa dengan doktor untuk menangani masalah yang mendasari kepada gejala yang anda alami. Berdasarkan keterangan anda, penyakit pada tahap 1 masih boleh dirawat bergantung kepada kondisi kesihatan dan kedisiplinan anda mematuhi arahan berkenaan rawatan yang dianjurkan.
Secara umum, punca-punca buah pinggang rosak:
- kencing manis
- darah tinggi seperti yang anda hidapi
- batu karang
- genetik
- jangkitan kuman dan sebagainya
Gejala-gejala buah pinggang rosak:
- Kencing kotor
- Demam
- Sakit ketika, sebelum atau setelah kencing
- Kencing berdarah dan sebagainya
Untuk merawat masalah kesihatan anda, puncanya haruslah dikenalpasti dan dirawat terlebih dahulu. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih gusar dengan masalah buah pinggang anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.