Sulit
5 tahun
Bintik merah di atas kepala zakar
Saya lelaki berusia 20an saya nak tanya doc tentang kelapa zakar saya Ada bintik-bintik merah tidak gatal dan tidak sakit cuma dulu saya tidak punya bintik-bintik merah seperti sekarang, kalau berhubung sex cuma blowjob itu pon tak selalu…dan sya melakukan honani dah sehari dua kali…bintik-bintik merah itu tak juga banyak tapi membuat sya tidak selesa melihatnya doc ada kah itu satu penyakit kelamin…Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik merah di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketuat akibat jangkitan virus
- Lichen nitidus sejenis keradangan kulit zakar
- Molluscum contagiosum akibat jangkitan virus
- Pearly penile papules
- Kudis buta
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar doktor dapat meneruskan usaha pengubatan dengan melakukan pemeriksaan tambahan, memberikan ubat yang tepat dan efektif sesuai diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.