
Sulit
5 tahun
Blood test- troponin i 0.11
Hai saya lelaki 25, bmi normal.
Beberapa hari selepas PKP fasa 1 bermula saya tiba tiba rasa tidak selesa di dada kiri.
Tiada sesak nafas, batuk, demam, muntah, pening, sakit kepala, sakit lengan, sakit bahu, sakit dada sehingga sekarang.
Cuma rasa tidak selesa sedikit di dada.
Saya tiada masalah kesihatan diabetes/jantung/paru paru sebelum ni.
Cuma semasa sekolah rendah saja ada asma.
Hari ni 15/4/20, saya pergi medical check up selepas 24 hari mengalami dada kiri kurang selesa. Setakat 24 hari ni, dada tak pernah ada squeezing/sakit.
#Hasil check up jantung & dada:
Electrocardiogram normal
X-ray paru, jantung normal
Blood test- troponin i 0.11, normal <0.10, abnormal >0.10 (lebih 0.01)
Doktor bertugas suruh rujuk cardiologist untuk cardiac assessment.
Saya nak tanya doktor di sini, adakah bahaya jika troponin 0.11?
Bagaimanakah saya boleh turunkan kadar triponin?
Adakah troponin 0.11 teruk?
Apakah yang akan dilakukan semasa cardiac assessment?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Penyakit jantung boleh berlaku apabila fungsi jantung anda terjejas. Serangan jantung ataupun “heart attack” adalah salah satu jenis penyakit jantung yang berlaku apabila darah beku dalam saluran darah mengganggu aliran darah. Darah beku biasanya terbentuk jika terdapat ateroma (plak lemak) dalam lapisan arteri.
Plak ini mempunyai lapisan luar yang kukuh dan teras lemak dalaman yang lembut. Apabila plak lapisan luar pecah, teras dalaman lembut plak terdedah kepada aliran darah. Ia boleh menyebabkan pembentukan darah beku apabila mekanisme pembekuan dalam darah dicetuskan.
Darah beku ini mengurangkan bekalan darah kepada otot jantung dan menyebabkan kematian otot jantung kerana otot jantung mengalami kekurangan oksigen. Penyakit ini adalah salah satu sebab kematian utama di Malaysia.
Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti, peningkatan umur, merokok, diet, sejarah keluarga dan kekurangan aktiviti fizikal. Tanda-tanda serangan jantung termasuk sakit dada, sesak nafas, berpeluh, pening, dan loya.
Pesakit biasa mengalami masalah sakit dada yang teruk, dan kesakitan tersebut boleh merebak ke bahagian leher, belakang badan atau bahu. Namun demikian, ada sesetengah orang yang tidak mengalami sebarang kesakitan semasa serangan jantung berlaku.
Diagnosis serangan jantung dibuat melalui:
- Tanda-tanda serangan jantung
- ECG – Perubahan corak yang menunjukkan serangan jantung
- Ujian darah – Kadar troponin (sejenis protein) dan creatine kinase (enzim dalam jantung) meningkat
Rawatan penyakit arteri koronari adalah angioplasti kecemasan (prosedur untuk mengembangkan saluran darah), dan suntikan ubat cair darah. Kedua-dua jenis rawatan ini berperanan memulihkan aliran darah ke otot jantung.
Troponin terhasil apabila terdapat kematian sel jantung samada melaluinserangan, trauma, keradangan, jangkitan dan sebagainya. Ia akan turun sendiri. Namun, rawatan utama ialah untuk menyelamatkan jantung daripada mati. Oleh itu, puncanya harus diketahui. Antaranya, melalui cardiac assessment. Ujian ini akan memerlukan anda bersenam sambil ecg diambil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Anda juga boleh klik pada pautan di bawah bagi nasihat jantung dari doktor secara PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!