Sulit
3 tahun
Boleh mendapat ED di usia 20an?
Saya lelaki berumur awal 20an saya dapati saya macam mempunyai ED . Saya tak dapat ereksi lama kalau tanpa sentuhan pada bahagian zakar . Dan saya dapati saya sukar mendapat ereksi bersama pasangan walau pun pasangan memberikan sentuhan pada zakar saya . Tapi bila saya melakukannya sendiri(onani) zakar dapat ereksi sepenuhnya walaupun perlu melakukannya kerap untuk mempertahan kan ereksi zakar . Bagaimana saya nak atasi masalah ini ?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.