
Sulit
4 tahun
Cara mengambil postinor
bolehkah postinor diambil sebelum hubungan sexual?
bolehkah makan 2 scnd dos postinor selepas 12 jam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pil postinor adalah pil perancang kecemasan, sepatutnya diambil setelah berhubungan seksual. Ia bukan kaedah kontraseptif biasa. Cuba gunakannya dalam kecemasan sahaja, jangan mengambilnya terlalu kerap. Oleh itu, bagi pengambilan sebelum berhubungan seksual, adalah tidak disarankan. Untuk keberkesanan pil perancang ini, cara pengambilannya haruslah tepat.
Berkenaan pertanyaan anda tentang cara pengambilan pil postinor, saya nyatakan caranya seperti yang berikut:
- Ambil satu tablet secepat mungkin selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (kondom dll). Lebih awal anda mengambil Postinor, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya sebaik sahaja selepas bersetubuh.
- Tablet pertama harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Oleh kerana anda perlu mengambil tablet kedua 12 jam selepas mengambil tablet pertama, anda perlu merancang masa mengikut kesesuaian supaya anda tidak mudah lupa untuk mengambil tablet kedua (contohnya, tidak pada pertengahan malam ketika anda mungkin sedang tidur) dan ambil tablet pertama 12 jam sebelum itu. Ini bermakna anda mungkin perlu tangguh untuk mengambil dos pertama sedikit. Anda harus ingat walaupun anda sudah mengambil tablet pertama, kesan untuk mencegah hamil sudah pun berlaku…
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan ini menyebabkan anda perlu mengambil tablet tambahan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih