Sulit
4 tahun
Cecair warna coklat kluar dari tiub pemakanan dia, boleh nyatakan punca dan sebab berlaku hal tersebut
Wan saya mengalami strok, sejak akhir2 ini bnyk cecair warna coklat kluar dari tiub pemakanan dia, boleh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, biasanya pesakit stroke diberikan makanan dan air secara NG tube adalah kerana selepas serangan strok, dalam kebanyakan pesakit mengalami gangguan saraf pada bahagian kerongkong dan ini boleh menyebabkan makanan masuk ke paru-paru pesakit tanpa disedari. Manusia biasa akan tersedak apabila perkara ini terjadi, tetapi bagi pesakit stroke refleks ini mungkin tidak berfungsi dengan baik lagi. Perkara ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dalam pesakit strok.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan ,pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih