Sulit
3 tahun
Dada terasa tidak selesa
Saya seorang pelajar yg sejak dua menjak ni saya memerlukan utk tido lewat dan tidur tidak teratur. Setiap kali saya bangun tido saya terasa terhuyung-hayang dan kadang terasa dada tidak selesa. Situasi seperti bari g terlalu lama dan bangun secara tiba-tiba. Situasi yang saya alami ini hampir setiap hari bila saya kerap tidur lambat akibat mengejar due date submission assignment. Adakah saya perlu berjumpa doktor dan apa nasihat serta pencerahan yang sepatutnya saya dapat. Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Beberapa maklumat tambahan dan latar belakang kesihatan anda perlu diperolehi sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini. Buat masa ini, saya sarankan anda untuk amalkan sleep hygiene. Amalan sleep hygiene adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.