Sulit
3 tahun
Kerap menguap tapi sukar tidur
Saya dah berlarutan sakit kepala sebelah kiri. Kerap menguap tetapi sukar untuk tidur. Badan rasa letih. Tapi untuk saya tidur terasa susah. Dah berlarutan selama 3 hari
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Menurut kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah kesukaran untuk tidur yang berlarutan selama 3 hari. Kami fahami kebimbangan anda dan akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Tekanan atau stres sehingga menggangu fikiran
- Penggunaan sesetengah ubat
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
Tambahan lagi kekurangan tidur atau mendapat rehat yang secukupnya juga boleh menyababkan gejala sakit kepala, badan lemah, kelelahan, tertidur pada siang hari, kurang fokus dan lain-lain.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih