azahmaimunah
3 tahun
Tidur Berlebihan dan sentiasa mengantuk
Saya seorang Wanita berumur 28 tahun. Saya ada masalah tidur berlebihan, saya mudah sangat mengantuk dan boleh tidur dengan tiba tiba. Walaupun sudah cukup rehat saya masih ada masalah ini. Apa yg perlu saya lakukan?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Ya, gangguan tidur berlebihan ini bukan sahaja boleh mengakibatkan mengantuk (khususnya di siang hari) malah juga kegelisahan & gangguan untuk memberi fokus pada waktu kerja.
Justeru, kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Hypersomnia
- Insomnia
- Kepenatan yang terlampau
- Tabiat tidur yang tidak berkualiti
- Gangguan tidur yang lain
Atau boleh menjadi tanda-tanda awal gangguan seperti
- clinical depression
- multiple sclerosis
- jangkitan saraf otak
- epilepsi (sawan)
- atau komplikasi dari obesiti
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.