Sulit
3 tahun
Tidak dapat tidur & mual
Saya wanita 19 thn.Saya tidak dapat tidur d malam hari dan kadang saya terlebih tidur.Saya juga sejak akhir-akhir ini tidak dapat menangis…Apabila saya ingin nangis saya rasa mual dan sakit dada.Saya juga semakin kurang berminat dengan apa yang saya suka contohnya menonton tv dan bersosial d media seperti ig,ws,fb dan bermain game.Saya selalu berasa hati kurang baik,seperti ada sesuatu yang buruk tetapi tidak ada…Apabila saya mula mengalaminya (berpikir sesuatu perkara yg buruk/memalukan/sakit yg telah berlaku terjadi) saya akan sesak nafas & sakit perut…Apa yg harus saya lakukan doktor?Apakah ini normal?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala sulit untuk tidur, gangguan untuk meluahkan perasaan, hilang minat dari perkara yang sebelumnya kita suka dan sikap overthinking merupakan beberapa tanda dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan tidur atau tidak cukup rehat
- gangguan clinical depression
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri pada situasi yang baru
- dll.
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- hindari sikap overthinking atau lazimi hobi baru yang dapat meringankan keadaan semasa
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.