Sulit
3 tahun
Terjaga badan menggigil jantung berdebar rasa dunia berpusing
saya wanita berusia 20an sebelum ni saya tiada masalah ini tapi dalam beberapa minggu ni setiap kali hujan saya akan terjaga dan saya rasa takut sangat lepas tu badan saya akan menggigil, jantung berdebar dan dunia akan rasa berpusing, dan saya takkan dapat tidur lepas tu…
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda mengalami masalah untuk tidur, jantung laju, pening dan badan menggigil. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, situasi yang anda alami boleh disebabkan oleh banya perkara. Antaranya adalah:
- Masalah tiroid
- Depression
- Serangan panik
- Masalah keresahan (anxiety disorder)
- Masalah jantung
- Asma
- Pedih ulu hati
Walaubagaimanapun, senarai di atas hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan rawatan serta diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.