Sulit
3 tahun
Masalah tidur dan stress
Saya berumur 26an saya ada gangguan tidur di mana saya terbangun lewat malam selepas itu sukar untuk tidur semula. Walaupun suda tidur mencukupi tetapi apabila bangun terasa seperti tidak cukup. Saya juga menghadapi masalah overthinking yang menyebabkan pernafasan saya tidak betul. Badan juga muda terasa penat dan lelah. Apakah yang saya perlu lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami insomnia, overthinking, masalah sesak nafas dan penat. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, insomnia adalah masalah kesihatan yang serius. Tanpa tidur yang sempurna anda boleh mengalami:
- sistem imunisasi lemah
- obesiti
- darah tinggi
- stroke
- depresi
- keresahan (Anxiety)
- masalah fokus di sekolah atau pejabat
Perkara yang boleh anda buat adalah:
- Amalkan kebersihan tidur yang sempurna
- Tidur dan bangun pada waktu yang rutin
- Elakkan makan makanan berat sebelum tidur
- Elak tidur pada waktu siang
- Menutup semua peranti elektronik
- Memastikan tempat tidur bersih dan kemas
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.