Sulit
3 tahun
Kesukaran Tidur Ketika Waktu Malam
Hi doctor,maaf…sy wanita berusia 32tahun dan berbadan gempal. Sejak bulan 3 sehingga sekarang bulan 6,saya sangat sukar untuk tidur atau lena pada waktu malam,bermacam cara saya cuba dan buat,akan tetapi tetap tidak boleh tidur dan lena…mengantuk itu ada,tetapi tetap tidak mahu tidur atau lena mata ini…saya akan lena atau benar-benar ngantuk apabila hendak dekat subuh atau selepas subuh saya akan mengantuk sangat…selepas itu baru saya boleh tidur & cepat lena… kadangkala pelik,sebelum itu okay shj…ini terjadi selepas saya mengalami unjuran diluar dubur saya,pergi check pakar kata skin tag…selepas itu dan perubahan pada najis saya yang dari bentuk sosej kepada bentuk benyek, tak tahu kenapa…pergi check doktor kata tak ada apa,selepas itu yg buat saya susah nak tidur malam dan sukar tidur malam dan tak boleh nak lena walaupun dah pejam mata, sampai sekarang najis saya masih begitu,biarpun sering kadang ade bentuk tapi benyek,kadang cair tapi bukan cirit air…dan kadang-kadang najis saya warna coklat,kuning gold…dan semenjak ni,najis saya berminyak dan melekat di tandas… pemakanan saya sudah setahun begitu saya jaga,makan buah…ada makan sayur hijau lebih, nasi saya makan sekali sehari…kecuali jika betul-betul lapar…saya akan makan 2kali sehari tapi jarang begitu. ermmm,jd kenapa ya doktor? Terima kasih doktor atas pemberitahuan balas soalan saya ini atas apa yg saya alami.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan diberikan, anda mengalami kesukaran untuk tidur selepas dapat mengetahui bahawa anda mempunyai skin tag dan perubahan najis berlaku, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala ini boleh berlaku disebabkan masalah tekanan dalam kehidupan seharian yang boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur malam dan juga masalah haid tidak datang.
Selain daripada stres, masalah pada perubahan najis boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang lebuih serius seperti kondisi pengurangan penyerapan nutrisi seperti penyakit celiac.
Namun begitu, gejala ini tidak mustahil untuk berlaku disebabkan penyakit yang lebih serius seperti masalah tiroid atau perubahan hormon.
Haid yang tidak datang juga boleh berlaku disebabkan penyakit seperti polycystic ovarian syndrome
ataupun masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih