Sulit
3 tahun
Berdebar dan takut waktu baru terlelap tidur
Saya berumur 34 tahun. Dalam dua tiga hari ini saya sering mengalami rasa berdebar bila baru saja terlelap. Maksudnya ketika terlelap, dalam beberapa saat, akan tersedar sendiri dengan perasaan berdebar. Jantung berdegup kencang. Seperti bermimpi. Teruk la macam ni stress tak boleh nak tido langsung. Harap doc boleh bagi nasihat atau rujukan. Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami keresahan anda mengenai gejala sukar untuk tidur malam yang disertai gejala takut dan berdebar. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala kesukaran untuk tidur malam atau insomnia ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya
- tekanan dalam kehidupan seharian
- jadual tidur yang tidak teratur
- tabiat minuman berkafein
Namun begitu, gejala sukar untuk tidur yang disertai gejala jantung berdebar juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan bantuan doktor seperti
- gangguan saraf atau metabolisma tubuh
- gangguan fobia atau cemas (anxiety disorder)
- gangguan jantung
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih