Sulit
3 tahun
Adakah gastrik membuat berasa sangat letih atau di sebabkan tidur lewat
Assalamualaikum doktor saya mengalami masalah tidur terlalu lewat dan ada masalah gastrik yang manakah buat saya berasa sangat letih lesu ?
3 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kedua-dua masalah anda, iaitu masalah gastrik dan tidur lewat boleh menyebabkan keletihan. Masalah gastrik boleh mengurangkan selera makan dan apabila anda mengurangkan pengambilan makanan, maka badan anda akan kekurangan nutrisi dan akan menyebabkan anda berasa letih.
Selain itu, anda juga memaklumkan bahawa anda tidur terlalu lewat. Tidur yang kondusif boleh membuatkan anda berasa lebih segar kerana badan kita akan menggunakan waktu tidur untuk menggalakkan penumbuhan dan pembaikan tisu-tisu badan.
Kami menggalakkan anda untuk berhubung dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar keletihan anda kerana masalah seperti anemia, dehidrasi dan masalah kesihatan mental juga boleh menyebabkan keletihan. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.