Sulit
3 tahun
Insomnia atau masalah sukar tidur
saya berumur 29 tahun . baru2 ini saya berasa sangat panik dan ketakutan berikutan kes covid. saya jadi tak boleh tidur selama 2hari. saya ke hospital dan hospital cek jantung n darah saya normal. saya diagnos anxiety disorder dan dapat ubat penenang dan boleh buat mengantuk. tetapi saya masih sukar untuk tidur sehingga sekarang. jadi saya rasakan saya mengalami insomnia. bagaimana untuk saya rawat masalah insomnia ni agar tidak menjadi kronik? hampir 2minggu saya tidak dapat tidur secara normal.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anada.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Masalah insomnia boleh dirawat dengan ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun tabiat tidur yang baik.
Terdapat beberapa terapi juga yang boleh membantu anda jikalau nasihat doktor pakar psikiatri diambil.
Pertama sekali, makan malam lebih awal kerana ini boleh menyebabkan masalah tidur.
Selain itu, matikan telefon anda 30 minit sebelum tidur untuk merehatkan mata.
Penyebab masalah tidur mungkin berkaitan dengan pengambilan kafein yang berlebihan dan tekanan yang melampau.
Terdapat masalah psikiatri lain, pengambilan ubat-ubatan dan juga masalah kesihatan yang boleh menyebabkan ini.
Cuba tingkatkan mutu tidur anda dengan beberapa petua ini
-Ketahui beberapa teknik relaksasi
-Gunakan tempat tidur anda hanya untuk tidur dan aktiviti seksual.
-Cuba tidur secara konsisten pada waktu yang sama setiap hari.
-elakkan nikotin jika anda mengambil.
Kami harap jawapan ini banyak membantu.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara dalam talian untuk maklumat lebih lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri