Sulit
4 tahun
Darah beku di kepala akibat kemalangan jalan raya
Kawan saya baru sahaja lepas operation buang darah beku di kepala akibat kemalangan. Operation berjaya cuma keadaannya masih belum stabil dan dia masih belum sedar daripada koma. Berapa lama biasanya diambil untuk stabil dan sedar?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami berasa simpati kerana anda pasti risaukan rakan anda yang baru menjalani pembedahan akibat kemalangan jalan raya. Pasti anda berasa kurang risau kerana pembedahannya berjaya cuma rakan anda masih belum sedar dari koma. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tentang kesihatan dan kondisi rakan anda diperlukan dengan lebih lanjut. Kami tidak boleh membuat apa apa rumusan dan jangkaan tentang bila rakan anda akan pulih semula daripada koma.
Anda boleh berdoa supaya rakan anda pulih seperti sediakala.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang rakan anda hadapi. Terima kasih.