Sulit
5 tahun
Genital warts Lelaki
Saya mempunyai genital warts namun saya tak pernah melakukan hubungan seks. Macam mana saya boleh dijangkiti dengan genital wars? Adakah melalui onani?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Pertama sekali genital wart harus didiagnosis oleh seorang doktor setelah melakukan pemeriksaan-pemeriksaan tertentu. Hal ini kerana, terdapat beberapa masalah lain yang boleh menyerupai genital warts HPV seperti:
- Masalah kulit
- Akibat keradangan
- Akibat jangkitan lain
- Akibat pertumbuhan kanser
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih