Sulit
2 tahun
Gistrik atau ada luka dalaman
saya 33 tahun mengalami gistrik yang agak teruk,kemungkinan ada luka didalam,sekiranya Sya mengamalkan minum pati ikan haruan boleh ke doc
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan gastrik. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Merokok
- Usia yang lanjut
- Stres yang berlebihan
- Keturunan keluarga
- Sering mengambil makanan yang pedas
- Pengambilan kopi dan teh yang berlebihan
- Masalah kesihatan lain seperti penyakit Crohn,jangkitan parasit HIV serta jangkitan parasit
Masalah gastrik kronik merupakan penyakit yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan serta mendatangkan komplikasi berat pada masa depan. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang kesan sampingan ubat ubatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.