Sulit
3 tahun
Haid melebihi 2 bulan selepas bersalin
Saya baru lepas bersalin sekarang sudah masuk 4 bulan. Selepas pantang . Sy dtng haid hingga sekarang. Darah ni sedikit shja yg keluar tapi tempohnya lama sehingga sudah memasuki 2 bulan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang haid berpanjangan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks - sekiranya mempunyai sejarah keluarga, jangkitan virus HPV atau keputusan pap smear positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, puan boleh menghubungi doktor ataupun doktor pakar sakit puan kami secara atas talian.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.