
Sulit
4 tahun
Hernia / usus terkeluar dari lapisan otot
assalamualaikum saya lelaki berusia 22 tahun. soalan saya adakah penyakit hernia boleh menyebabkan mati pucuk/ mandul. sbb saya kerap senak di bahagian buah zakar sekian soalan saya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit buah zakar anda boleh disebabkan:
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Angin pasang (hernia) terbelit
- Jangkitan buah zakar
- Hidrosele - bengkak cecair dalam buah zakar
- varicocele
Secara amnya, kemandulan disebabkan hernia adalah jarang berlaku dan boleh menyebabkan mati pucuk kerana kesakitan yang dialami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah