
ayulieriz
5 tahun
Herpes genital bahya atau tidak
Adakah herpes genital jika dibiarkan
Akan menjadi teruk
Seperti hiv/kanser rahim

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangkitan virus herpes pada kemaluan adalah pada kebiasaannya disebabkan oleh HSV2 ataupun HSV1. Jangkitan herpes pada kemaluan tidak dikaitkan dengan HIV mahupun kanser rahim namun terdapat beberapa komplikasi seperti:
- Radang selaput otak (Meningitis)
- Radang vulva (vulvitis)
- Transmisi kepada bayi dalam kandungan (boleh mengakibatkan kematian selepas kelahiran)
Jika anda berasa anda menghidapi penyakit kelamin, anda boleh bertanya secara privasi di link (DoctorOnCall) kerana maklumat tambahan serta privasi perlu diketahui bagi mengenalpasti punca penyakit. Terima kasih.