
dalilahsani
5 tahun
Herpes simplex- chicken pox
Saya ibu kepada 2 orang anak yg dijangkiti virus-chicken pox,minggu lepas saya telah membuat pembelian secara online Doconcall, zovirax suspension 200mg 2 botol utk anak saya berusia 4tahun dan telah sembuh,tetapi anak sulong saya berusia 8tahun pula dijangkiti virus tersebut hari ini. Untuk mengelak dari ia cepat merebak,saya perlukan kelulusan daripada Doktor bagi mendapatkan ubat original zovirax dengan sukatannya sekali. Sekian Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pembelian ubat tersebut memerlukan priskripsi doktor.
Justeru, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan dokto atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.