Sulit
3 tahun
Jadi ulser selepas tergigit bibir
Hai doktor. Saya wanita berumur 20-an. Baru-baru ni saya ada tergigit dengan bibir saya sendiri then luka. Selepas satu hari dah jadi ulser dan bengkak. Dah beberapa hari tapi masih tak sembuh dan saya pula selalu pegang ulser itu. Adakah ulser boleh berbahaya?
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ulser dalam mulut.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser mulut. Antaranya :
- Kecederaan semasa menggosok gigi
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air atau tanda-tanda dehidrasi
Mahupun perkara yanglebih serius seperti
- Jangkitan kuman
- Penyakit autoimun
- Atau tanda-tanda awal gangguan neoplasma
Anda diminta untuk tidak meletakkan garam di kawasan ulser dan berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya
- ulser anda berterusan, bertambah parah atau tidak pulih dengan sendirinya
- terdapat gejala lain yang mengiringi (i.e. perdarahan, bengkak, demam, dll.)
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Buat sementara waktu anda boleh mencuba untuk:
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Anda juga boleh cuba meletakkan gel antiseptic atau gel-gel lain yang di nasihatkan oleh doktor. Namun penjagaan kesihatan oral umumnya lebih penting dalam mencegah ulser ini daripada kerap muncul atau terus berlaku.