Sulit
3 tahun
Kahak bagi pesakit strok
ayah saya pesakit strok yang tidak ada daya untuk menelan secara baik…ayah saya sering batuk kerana terdapat kahak di tekak…untuk makluman doktor ayah saya menggunakan rice tube untuk minum susu…mohon pencerahan bagaimana cara manual untuk membuang kahak tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, masalah yang bapa anda alami adalah kesusahan menelan (dysphagia) akibat komplikasi daripada strok. Hal ini kerana, proses menelan pada manusia amat kompleks serta mudah terjejas pada episod strok akut.
Masalah besar daripada kesusahan menelan pada pesakit strok adalah pneumonia aspirasi. Ia berlaku apabila air liur yang sukar ditelan masuk pada paru-paru yang mengakibatkan pneumonia. Terutama sekali pada pengguna Ryles tube.
Cara mengelak masalah ini adalah penjagaan kebersihan mulut serta pastikan Ryles tube terletak pada tempat yang sepatutnya. Anda juga dinasihatkan agar kerap melakukan fisio dada bagi mengeluarkan kahak terkumpul. Bagi sebarang soalan lanjut, sila ajukan soalan kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!
Kami harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih