Sulit
4 tahun
Kekeliruan antara Herpes @ sifilis
Saya mempunyai masalah timbul semacam ulser di hujung zakar dan bengkak di kawasan sebelah kanan ari2…saya juga ada mengalami mild fever…melalui pembacaan,saya agak keliru samada ia berkaitan penyakit herpes genital atau sifilis…mohon penjelasan…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ulser di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan bakteria H. ducreyi
- jangkitan sifilis
- herpes
- akibatan erupsi ubat
- trauma akibat pergerakan semasa aktiviti seksual dan lain-lain
- penyakit autoimun seperti psoriasis ataupun Behcet
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.