
Sulit
3 tahun
Keluar cecair coklat sebelum haid
Saya perempuan berumur 16 saya ada download kalendar haid.kalendar haid mengatakan saya haid 25 tetapi sebelum 25 ada keluar cecair coklat tetapi haid masih tidak datang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala lendiran atau tompokan berwarna coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.