Anonymous
3 tahun
Kemurungan yang berpanjangan
Saya wanita berusia 25 tahun. Setiap hujung minggu saya hanya meluangkan masa hanya dirumah tidak keluar kemana-mana. Saya juga menghadapi beberapa masalah yang berkaitan emosi dan sering menangis tanpa sebab sehingga kan tertidur apabila datangnya perasaan sedih yang terlampau. Sehingga kan tidak mengambil apa apa makanan dalam sehari. Tidur yang berlebihan dan tidak berkongsi masalah kepada sesiapa. Apakah yang perlu saya lakukan?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan simptom yang anda ceritakan, anda mungkin sedang mengalami masalah emosi. Masalah ini jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah lebih serius seperti kemurungan. Anda amat disarankan untuk lebih banyak melakukan aktiviti yang menggembirakan seperti bersama rakan dan bersukan. Elakkan terlalu kerap berseorang dan fikirkan perkara-perkara yang positif.
Sekiranya anda masih tidak pulih atau semakin buruk, dapatkan bantuan dengan segera, anda boleh rujuk masalah ini ke bahagian kaunseling atau hospital. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.