Anonymous
5 tahun
Keputihan dan penyakit kelamin
hi dr. saya ada masalah keputihan. tapi sejak akhir tahun lepas saya dapati ia berbau busuk. untuk makluman saya ada memakai iucd untuk kehamilan. pada bulam mac 2019 ini saya baru tahu suami saya kerap melakukan hubungan seks dengan beberapa perempuan di indon. saya sangat risau sekarang. dimana boleh saya jalani ujian untuk mementukan saya tiada masalah kelamin. tq
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Keputihan di kemaluan adalah masalah yang kerap berlaku dalam kalangan wanita.
Bagi wanita, penyebab keputihan yang paling kerap ialah jangkitan kulat. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko bagi jangkitan adalah:
- penggunaan antibiotik
- penukaran tahap pH vagina kerana darah haid
- air mani
- tahap kebersihan diri yang kurang memuaskan
- pembilasan faraj (douching)
- kehamilan
- penyakit diabetes mellitus.
Contoh jangkitan kulat faraj adalah seperti:
- Vaginosis bakteria
- Vaginitis Candida
- Vaginitis trichomonas
Kadangkala jangkitan lain seperti, gonorrhoea dan chlamydia (penyakit kelamin) juga boleh menyebabkan simptom-simptom yang anda alami.
Jika anda ada kemungkinan dijangkiti penyakit kelamin daripada pasangan, sila ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dengan segera supaya anda tidak dijangkiti oleh penyakit kelamin yang berbahaya seperti sipilis, gonorrhoea dan chlamydia.
Bagi wanita semua peringkat umur, kegatalan dan keputihan mungkin disebabkan oleh reaksi hipersensitiviti kepada irritant seperti minyak wangi, tuala haid, sabun dobi, spermisida, krim vagina atau pelincir, kondom lateks, kontraseptif faraj dan diafragma. Masalah ini dapat diselesaikan dengan rawatan anti-kulat atau pil hormon atas nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.