Sulit
3 tahun
Kerap onani serta kadang2 ereksi ada kadang2 tidak
saya lelaki berumur 20 tahun.pada usia remaja saya aktif onani dan kadangkala sehari tu 3 kali shari.pada ketika umur 18 saya dapati saya punya itu dan lemah ereksi dan morning wood sudah jarang sangat berlaku dan pada umur sekarang saya tengah usaha dalam berhenti kegiatan ini.apakah rawatan dan kaedah yang saya boleh dapat untuk merawat masalah ini agar ereksi saya dapat kembali normal balik.saya amat risau nnti apabila dah berumah tangga nanti.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan seksual anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah alat sulit yang lemah ereksi dan jarang morning wood. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, keadaan yang sedang anda lalui lebih dikenali sebagai mati pucuk atau lemah tenaga batin. Keadaan ini boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:
- Ketidakstabilan emosi (stress)
- Pengaruh ubat-ubatan
- Ketagihan merokok
- Penyalahgunaan dadah
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit jantung
- Kerap beronani
- Makanan yang tidak seimbang
- Kurang bersenam
Anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk mengembalikan kesihatan seksual anda:
- Bersenam
- Berhenti merokok
- Makan makanan yang seimbang
- Mengawal emosi
Namun, sekiranya perkara di atas tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah