Anonymous
5 tahun
Lelehan cecair kuning pada hujung zakar
Assalamualaikum dan selamat petang. Saya mempunyai masalah lelehan cecair kuning pada hujung zakar. Adakah ianya Gonorrhea? Saya tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya ada mengambil supplemen kesihatan Saw Palmetto untuk merawat kencing tidak lawas. Adakah ianya kesan sampingan dari supplement ubat atau memang benar saya mengalami masalah Gonorrhea.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan perlu dilakukan ke atas cairan untuk mengetahui jenis cecair tersebut dan kuman yang hadir dalam cairan berkenaan.
Antara punca yang menyebabkan cecair kuning dari hujung zakar adalah seperti:
- penyakit transmisi seksual
- infeksi kelenjar prostat
- infeksi saluran kencing
Untuk mendapatkan pengesahan terhadap punca kesakitan tersebut, maklumat dan pemeriksaan yang selanjutnya adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.