Sulit
3 tahun
Lutut kiri bengkak, tapak kaki kiri sakit
Saya, wanita berumur 43 tahun, ketinggian 165 cm dan berat dari 78 ke 70kg. Pernah alami kecederaan lutut kiri ‘meletop’ masa umur 12 tahun. Sekarang alami masalah fibroid rahim kiri dan cuba aktif bersukan hiking. Bahayakah lutut saya sbb setiap kali hiking lutut kiri akan bengkak dan sakit berdenyut tapak kaki kiri. Saya takut akan ada masalah lutut di masa hadapan…dan sukan ini tidak sesuai untuk saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya lutut anda telah sembuh sepenuhnya, dengan teknik mendaki yang betul, anda boleh bersukan hiking, tidak merbahaya. Namun, sekiranya tendon lutut anda terkoyak atau patah akibat kecederaan dahulu, kekambuhan mungkin berlaku sebab tendon tidak mempunyai keupayaan untuk sembuh atau tumbuh sediri.
Anda mengalami bengkak pada lutu kiri anda dan sakit berdenyut tapak kaki setiap kali hiking boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Tubuh anda belum menyesuaikan diri dengan intensiti latihan hiking
- Kekejangan atau keradangan otot lutut
- Kecederaan lutut anda tidak sembuh sepenuh
- Tanda keradangan lutut
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.