Sulit
3 tahun
Makanan yang boleh diambil dan tidak boleh diambil oleh pesakit Buah pinggang
Hai selamat Malam…saya ingin bertanya berkenaan masalah buah pinggang. Apakah makanan, sayuran, buah-buahan dan minuman yang boleh diambil dan yang tidak boleh diambil oleh pesakit buah pinggang tahap ke-4? Dan bolehkah coklat diambil oleh pesakit buah pinggang? Manakala roti apa yang boleh diambil dan tidak boleh diambil? Sekian terima kasih.maaf kerana agak panjang soalan saya ini kerana baru kali pertama ingin mengetahui tentang masalah buah pinggang ini.Dan terakhir adakah sos boleh diambil juga ataupun tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya seseorang mempunyai kegagalan buah pinggang peringkat akhir, beliau perlu mengawal pemakanan beliau. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah:
- Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar
- Mengawal tekanan darah dan bacaan gula
- Mengurangkan dan mengawal pengambilan garam
- Elakkan dari mengambil air melebihi had harian yang dinasihatkan oleh doktor
- Elakkan makanan berjeruk
- Elakkan pengambilan sos kerana sos tinggi dengan garam dan juga gula
Konklusinya, saranan kami adalah pesakit buah pinggang perlu mengelakkan pengambilan makanan yang kaya dengan garam, gula dan elakkan meminum air secara berlebihan.
Dapatkan nasihat mengenai masalah buah pinggang daripada doktor pakar buah pinggang (Nephrologist).
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.