Sulit
2 tahun
Masalah haid berwarna hitam
Salam doc, saya wanita berumur 30 tahun, baru sahaja berkahwin sebulan yang lepas. Period saya sejak 3 hari lepas, berwarna hitam, berketul dan sangat sedikit tak macam biasa. Saya juga mengalami kekejangan perut sebelum period 3 hari lepas. Kenapa ya? Betul ke saya mengalami keguguran seperti yang baca di artikel?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca darah haid berwarna hitam atau coklat tua, antaranya:
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Polip atau fibroid rahim
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Radang pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.