Sulit
3 tahun
Masalah kesan mengambil pil postinor
Assalamualaikum Dr , Apakah jika kerap ambil pil postinor Dan adalah kita tidak boleh mengandung lagi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Oleh kerana keterangan anda adalah kurang jelas, kami akan menjawab soalan ini secara umum.
Pil Postinor adalah sejenis pil perancang kecemasan. Pil ini boleh diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan seksual tanpa pelindung. Kesan sampingan yang biasa dilihat dengan penggunaan pil ini adalah :
- Sakit payudara
- Kekejangan perut
- Pening
- Perubahan pada kitaran haid seperti haid lewat, pendarahan spotting
- Migrain
Kebiasaanya, pil postinor tidak akan menyebabkan kemandulan walaupun digunakan secara kerap. Namun, pil ini tidak sesuai digunakan sebagai kaedah perancang jangka masa panjang. Kami menyarankan anda untuk menggunakan kaedah perancang lain sekiranya mengadakan hubungan kelamin secara kerap.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.