Sulit
2 tahun
Masalah najis tk normal
Hai dr .Saya wanita umur 24, ada masalah nk membuang. Dalam 2 minggu yg lepas, minggu yg pertama sy mengalami masalah sembelit dimana najis saya ketul2 kecik. Selepas seminggu, perut saya pedih tiba2 especially lepas makan dlm masa 2, 3 hari tetapi tidak berpanjangan. Saya juga dapati najis saya nipis dan halus semasa saya membuang. Saya risau adakah masalah ini sgt serius.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit dimana anda mengalami masalah sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar- Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Manakala masalah cirit-birit adalah apabila najis anda cair. Hal ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Kebiasaannya, sekiranya anda menglami masalah sembelit, tahi akan menjadi keras oleh kerana air telah banyak diserap sepanjang ia berada di dalam usus.
Namun, dalam kes anda, anda mengalami sembelit beserta cirit birit. Hal ini boleh berlaku dalam sembelit yang teruk sehingga ia boleh menyebabkan penyumbatan pada usus anda. Oleh kerana itu, usus mula mengeluarkan najis berair yang melalui antara penyumbatan dari bahagian atas usus. Kebocoran dari usus boleh ini kelihatan seperti cirit-birit. Ia dipanggil cirit-birit yang melimpah atau ‘overflow diarrhea’ .
Namun begitu, keterangan di atas hanyalah jawapan am. PIhak kami tidak menolak keberangkalian masalah lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, saya amat menggalakkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.