Sulit
3 tahun
Bayi kentut berbau serta tidak berak
Salam,normal ke bayi saya berusia 2 bulan minum susu ibu & formula tidak berak ? Tetapi mengeluarkan bau yg sgt busuk bila kentut.pernah juga tidak berak smpai 7 hari namun setelah diberi air zamzam baru baby berak tapi tidak sembelit …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah tidak berak dan mengeluarkan bau kentut yang sangat busuk. Saya akan cuba memberikan maklumat mengenai situasinya dengan baik.
Untuk makluman anda, bayi sedang mengalami sembelit sekiranya simptom-simptom dibawah berlaku:
- kurang kekerapan buang air besar
- keadaan najis yang keras
- tangisan bayi yang susah untuk diselesaikan
dan sebagainya.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan bayi sembelit antaranya ialah:
- Pengaruh gaya hidup - Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Pengaruh ubat-ubatan - Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.