Sulit
2 tahun
Sembelit, cirit birit
Assalamualaikum Dr, ibu sy patient dialisis tahap 5…dia ada hari boleh sembelit, ada hari dia cirit birit pulak…lepastu bawah dadanya bila dipegang keras dan berketul- ketul… Boleh saya tahu puncanya dan apa rawatannya??? Terima kasih banyak doktor …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Secara umum, sembelit yang diiringi gejala cirit birit biasanya dikaitkan dengan gangguan saluran pencernaan yang memerlukan rawatan. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- keracunan makanan
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Namun, berdasarkan situasi ibu anda, kesihatan penghadaman yang lemah boleh menyebabkan sakit perut, pedih ulu hati, muntah dan gejala lain yang tidak menyenangkan bagi mereka yang menjalani dialisis. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.