Sulit
3 tahun
Gastrik,sembelit,rahim jatuh
Doktor saya bujang berusia 25 tahun ada beberapa masalah… ada gastrik dan juga sembelit…masalah 1:untuk menelan makanan…makanan saya boleh telan tetapi setiap kali saya nak telan,saya akan rasa tekak saya macam sempit dan agak tak berapa nak selesa kdg2 sakit…masalah 2:saya juga saya ni kerap kena sembelit,dan badan saya banyak angin.setiap kali saya tersalah makan je,perut saya akan rasa sakit sangat,buang air besar,muntah2…kadang muntah saya berwarna jernih,kuning,coklat…ada juga sekali saya muntah keluar warna merah seakan warne maroon…masalah 3:saya juga Mengalami masalah rahim/peranakan jatuh,jadi saya memang akan kerap ketandas utk membuang air kecil.dan saya mbanyak membuang air kecil lebih banyak dari apa yang saya minum.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang gejala yang anda hadapi iaitu sukar menelan makanan, sembelit dan rahim jatuh. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai sebab masalah sedemikian boleh berlaku. Pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan untuk mengenalpasti sama ada masalah ini mempunyai hubungkait antara satu sama lain atau tidak, serta sistem tubuh badan anda seperti sistem penghadaman dan kesihatan wanita, perlu dikaji. Secara umum, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Striktur esofagus
- Lower esophageal (Schatzki) ring
- Barang asing tersekat di dalam esofagus
- haemorroids kerana sering sembelit
Namun, terdapat beberapa perkara yang lebih serius juga boleh menjadi penyebab masalah ini berlaku, seperti:
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
- Ketumbuhan
Mengenai rahim jatuh, masalah ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia yang tua, kehamilan, persalinan, perubahan hormon selepas menopause, batuk yang terlalu kuat dan meneran yang kuat.
Memandangkan masalah anda ini memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor, anda amat disarankan untuk mendapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan.
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi