Sulit
3 tahun
Adakah terdapat kesan buruk dari minuman teh detox
saya wanita berumur 30-an selalu mengalami masalah sembelit. Jadi akan minum teh detox yang dibeli di farmasi @ watson untuk memudahkan membuang najis besar. Adakah terdapat kesan buruk jika minum teh detox dalam masa jangka yang panjang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami gejala sukar untuk membuang air besar ataupun sembelit. Anda ingin mengetahui kesan buruk penggunaan Teh Detox. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal
- Penyalahgunaan julap.
- Kekurangan air.
Namun, perkara ini juga * boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Mengenai penggunaan Teh Detox, kondisi anda perlu diperiksa dan dinilai oleh doktor sebelum menentukan sama ada minuman herba ini sesuai ataupun tidak untuk diri anda kerana setiap pengambilan minuman ataupun makanan herba perlu mendapat nasihat dan pandangan doktor berdasarkan kepada latar belakang dan sejarah kesihatan individu.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih