
Sulit
3 tahun
Anal fistula, sakit bahagian anal. Lepas atau ketika membuang air besar serta
Saya pernah operate anal fistula, lately,lepas itu ubat laxative yg diambil mcm tak function, telan 4 biji, minum air waktu pagi untuk pelawasan, tak lawas juga, sakit mengeran macam dubur dah sempit, entah dah tak tahu cara melawaskan pembuangan air besar. Ambik pain killer. Tak beranak pun susah nak cari orang kahwin.kalau kesihatan macam ini. Harap ada yang boleh bantu or saya ada masalah serious tak tahula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan dalam dubur
- Cyst pada bahagian dubur
- Masalah pada saraf pudendal
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.