Sulit
3 tahun
Sukar membuang dan najis berbau kuat
Saya wanita dlm 20an dan mengalami masalah sukar membuang air besar sejak 2 bulan yg lepas. Dalam seminggu saya hanya membuang air besar kurang dari 3 kali tetapi kerap membuang angin. Setiap kali membuang air besar, saya perlu meneran dan selalunya seperti tidak habis membuang. Najis saya ada kalanya keras dan bewarna coklat kehitaman selain berbau busuk yg kuat sehingga mengganggu jiran².
Adakah ini sekadar masalah diet pemakanan atau ada masalah yg lebih serius ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sukar buang air besar, dan berbau busuk boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Sembelit biasa (kurang minum air dan makanan serat seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.)
- Gangguan penghadaman
- Sindrom iritasi usus
- Jangkitan usus
- Kesan sampingan pengambilan sesetengah ubat
- Ketumbuhan usus seperti polip atau lain
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.