Sulit
3 tahun
Sembelit teruk dan berpanjangan
Saya perempuan,17 tahun.Saya ada masalah sembelit teruk.Sebelum ni saya pernah masuk wad sebab sembelit dan ada appointment dengan klinik pakar bedah pasal sembelit.Tapi saya tak datang appointment sebab mak saya tak bagi . Dia kata ini cuma sembelit biasa je . Sekarang saya dah seminggu lebih tak buang air besar .Saya makan sayur , minum air banyak , ubat sembelit saya makan . Tapi tetap tak boleh buang air besar juga.Saya ada ambik ubat sertraline dan risperidone. Memang setiap malam saya makan sebab saya ada depression dengan anxiety. Memang doktor psikiatri suruh makan setiap malam. Apa yang patut saya buat ? Saya allergic dengan buah jadi saya tak boleh makan buah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis ia dinamakan sebagai sembelit. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Memandangkan perkara ini berlarutan untuk satu tempoh yang lama, disarankan untuk membuat temujanji bersama doktor pakar bagi mendapatkan gambaran jelas punca sembelit serta rawatan yang sesuai.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih