Sulit
4 tahun
Masalah Stroke yang di alami oleh keluarga
Hi saya nak tanya ayah saya dah 6 bulan kena stroke skrg dia selalu kebas kaki dalam masa yg sama dia kuat merokok , adakah di sebabkn rokok dia mengalami kebas² dan lemah² ataupun sebab lain ye doktor
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya kebas yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor:
- komplikasi penyakit saluran darah
- gejala metabolik syndrome
- gejala awal diabetes
- gejala sisa dari gangguan strok
- dan pelbagai kelainan tubuh yang lain
Saya sarankan anda bawa ayah anda berjumpa dengan doktor sekiranya gejala tidak surut atau bertambah. Selain itu saya juga ingin menasihatkan agar ayah anda berhenti merokok kerana hal tersebut merupakan punca utama strok dan penyakit saluran darah lain berlaku.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Neurosurgeon kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.